About Me

My photo
Assalamualaikum, hai semua

Monday, 9 November 2015


OGOS (2-30/8/2015)

RAPTAI MAJIS ANUGERAH UNIVERSITI
Terlibat bersama kru unifilm studio dalam raptai anugerah universiti, raptai ini diadakan selam dua hari sebelum berlangsungnya majlis anugerah universiti kepada gradua-graduan universiti utara Malaysia. Saya diajar cara pemasangan barang rakaman dan cara mengendalikan kamera mengikut arahan pengarah mcp.




WARTAWAN LOKASI MAJLIS ANUGERAH UNIVERSITI
Bertugas sebagai wartawan lokasi bersama jurukamera Encik Fuad bagi menemu ramah penerima anugerah cemerlang.





MESYUARAT PEMBAHAGIAN TUGAS PROGRAM KEMERDEKAAN
Mengadakan mesyuarat untuk membahagikan tugas kepada ahli yang terlibat di dalam program kemerdekaan yang diarahkan oleh saya.




PENGGAMBARAN KELENDAR UUM
Kami pelajar praktikal diminta oleh unik grafik untuk menjadi model dan diminta untuk berlakon seperti pelajar uum dalam calendar 2016.  Penggambaran bermula seawal pagi dan diminta untuk tunggu di depan unifilm studio.






WARTAWAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN SUKAN MAKSPEN KEDAH
Saya ditugaskan untuk menjadi wartawan lokasi bersama encik fuad bagi menemu ramah juara keseluruhan dalam kejohanan sukan dan saya menemu ramah ketua kontigen RISDA yang merupakan johan keseluruhan sukan makspen kedah.




MEMBUAT SURAT JEMPUTAN AHLI PANEL
Saya sebagai pengarah program ‘erti kemerdekaan’ diberi tanggungjawab untuk membuat surat rasmi bagi menjemput ahli panel iaitu Prof Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz  dan Prof. Datuk Dr. Zainal kling untuk menjadi tetamu terhormat dalam program bual bicara “Erti Kemerdekaan”.





PENYUNTINGAN VIDEO WELCOME CENTER
Diberi tugasan untuk menyunting video welcome center yang akan disiarkan di uumtv. Saya menggunakan sofwere after effect untuk menyunting gambar tersebut menjadi sebuah video.





RAPTAI PENUH PROGRAM KEMERDEKAAN
Mengadakan raptai bagi program kemerdekaan yang akan diadakan di unifilm studio. Bermula pemeriksaan bahagian teknikal dan sesi raptai bagi pengacara majlis.




PROGRAM BUAL BICARA ‘ERTI KEMERDEKAAN’.
Program ini adalah dibawah arahan saya sendiri  dan bersyukur kerana diberi kepercayaan dalam mengendalikan program ini. Program berjalan dengan lancar dengan hadirnya tetamu terhormat yang dijemput khas dan pemeriksaan bahagian teknikal telah diperiksa dengan rapi sebelum program bermula.







MAJLIS PENUTUP IMT-GT
Majlis ini diadakan sempena penutupan imt-gt dan kami pelajar praktikal diminta untuk mempelajari susun atur majlis mcp dan saya diberi peluang untuk menjaga Audio Recorder.




KAYUHAN MERDEKA
Terlibat dalam kayuhan merdeka bersama pelajar sekolah menengah BDS, kayuhan merdeka ini bermula dari anjung tamu di hadapan pintu gerbang uum dan seterusnya melalui jalan-jalan uum.



No comments:

Post a Comment